Berkenalan dengan Para imam mazhab.
Tidaklah sempurna
kefahaman kita tentang mazhab-mazhab Islam yang empat jika kita tidak meninjau
terlebih dahulu riwayat hidup para imam mazhab tersebut. Bab ini dimulakan
dengan sejarah hidup Imam Abu Hanifah kerana beliau adalah yang terawal di
antara mereka.
Imam Abu Hanifah [80H/699M-150H/767M]
Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada tahun
80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal
sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh ‘Abd Allah ibn
Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ayahnya
seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Talib radhiallahu
‘anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya
akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al Qur'an.
Imam Abu Hanifah pada
satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika
itu bernama al-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang
terpendam dalam Imam Abu Hanifah, al-Sya'bi menasihatkan beliau agar lebih
banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan
dorongan al-Sya'bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.
Imam Abu Hanifah mula
belajar dengan mendalam ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam
dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu
hadis dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga mendalaminya. Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan
bergurukan kepada al-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut
riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.
Beliau kemudiannya
berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama Hammad bin Abi
Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang
pada ketika itu terkenal sebagai Amir
al-Mu’minin fi Hadith (Pemimpin umat dalam bidang hadith), beliau diizinkan
gurunya untuk mula mengajar hadith kepada orang ramai. Berkata Shu'bah:
“Sebagaimana aku
ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga ketahui dengan
pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.”
Imam Abu Hanifah tidak
hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah di Iraq. Beliau
kemudiannya turun ke Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau
duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang
tokoh besar agama di Mekah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abd Allah ibn
‘Abbas, ‘Ali bin Abi Talib ra, Abu Hurairah ra dan ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu
‘anhum. Kehandalan Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadith dan fiqah
diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah
menjadi guru kepada penduduk Mekah.
Imam Abu Hanifah
kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar
al-Siddiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas,
tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih
tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar.
Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada tahun
120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad
sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain
yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada
jawatan tersebut.
Mulai di sinilah Imam
Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai
dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Disamping
mengajar, Imam Abu Hanifah ialah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak
dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana terang anak
muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyad:
“Adalah Abu Hanifah
seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka
mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar
dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam
hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang
kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran
dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”
Pada zaman
pemerintahan Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta beliau
menjawat kedudukan qadi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak tawaran
itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar Imam Abu
Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan
al-Mansur terpaksa membenarkan Imam Abu Hanifah meneruskan pengajarannya
walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula mengerumuni penjara
untuk belajar bersama Imam Abu Hanifah, al-Mansur merasakan kedudukannya mula
tergugat. al-Mansur merasakan Iamam Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya
sebelum terlambat.
Akhirnya Imam Abu
Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M ketika di dalam penjara
disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan
bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam
ini dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya
didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang
murid yang ketokohan mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada masyarakat.
Antara anak-anak murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu
Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan al-Syaibani (189H/805M).
Imam Malik bin Anas
Imam Malik bin Anas
lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota
yang merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya Islam serta berkumpulnya
generasi yang dididik oleh para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam, radhiallahu ‘anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubungkait
dengan ilmu Islam dengan datuknya sendiri seorang perawi dan penghafal hadis
yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadis
kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Imam Malik bin Anas
mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. Abu Suhail Nafi’ ialah
seorang tabi‘in yang sempat menghafal
hadith daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar, ‘A'isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah,
Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.
Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja'afar al-Siddiq,
cucu kepada al-Hassan, cucu Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi,
Madinah, berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar,
Yahya bin Sa'ad dan Hisham bin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada
sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah
yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in
amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in
ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka
sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara
terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah
meninggalkan kota Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Imam Malik bin Anas
kemudiannya mengambilalih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah.
Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam.
Beliau juga bertindak sebagai mufti Madinah pada ketika itu. Imam Malik
juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
di dalam kitabnya Al Muwattha’. Kitabnya
ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan
oleh Imam al-Syafi‘e sebagai:
“Tidak
wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Qur'an melainkan kitab
Imam Malik ini.“
Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam
Abu Hanifah dari Kufah. Selain itu diriwayatkan bahawa serami 1,300
tokoh-tokoh lain lagi yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik
bin Anas di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris,
yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam al-Syafi‘e. Ketinggian
ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal
sebagai:
“Malik
adalah penghulu dari para penghulu ahli ilmu dan dia pula seorang imam dalam
bidang hadith dan fiqah. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Malik?”
Imam Malik pernah
dihukum oleh gabenor Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan
fatwa bahawa hukum talak yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai
tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat satu fatwa sendiri bahawa
semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan
terjatuh talak ke atas isterinya! Memandangkan
rakyat yang lebih taatkan para ulama' daripada pemimpin, pemerintah Abbasid
telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik
enggan malahan mengeluarkan pula fatwa menyatakan bahawa talak sedemikian tidak
sah (tidak jatuh talaknya). Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh
gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan
asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat
bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja tangannya
terkulai di tepi badannya.
Imam Malik
kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah
beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awal tahun 179H/796M. Di antara anak-anak
murid beliau yang masyhur ialah ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri
(191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya
al-Masmudi (234H/849M).
Imam al-Syafi‘e 150H/767M - 204H/820M]
Imam al-Syafi‘e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama
sebenarnya ialah Muhammad bin Idris al-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian
darah Quraish dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya
membawanya ke Mekah untuk ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di
sana menuntut ilmu. Di Mekah al-Syafi‘e memulakan perguruannya kepada Muslim
bin Khalid al-Zanji, mufti Kota Mekah
ketika itu.
|
Suasana ini memberikan kelebihan yang penting
bagi al-Syafi‘e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding
antara dua ajaran Islam, iaitu ajaran Malik bin Anas dan ajaran Abu Hanifah. |
Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha' karangan Malik bin Anas dan al-Syafi‘e dalam usia
mudanya 15 tahun telahpun menghafal keseluruhan kitab tersebut. al-Syafi‘e
kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru dengan penulis kitab itu
sendiri. Ketika itu al-Syafi‘e berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama
Malik sehinggalah kematiannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan al-Syafi‘e
sebagai murid terpintar Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. al-Syafi‘e
mengambil alih sebentar kedudukan Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi
sehinggalah beliau ditawarkan kedudukan pejabat oleh Gabenor Yaman. Jawatan
al-Syafi‘e di Yaman tidak lama kerana beliau telah difitnah sebagai pengikut
Mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya
sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara Baghdad, pusat pemerintahan
Dinasti Abbasid ketika itu.
al-Syafi‘e dibawa menghadap ke Khalifah Harun al-Rashid dan beliau berjaya
membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan al-Syafi‘e membela
dirinya dengan pelbagai hujah agama menyebabkan Harun tertarik kepadanya.
al-Syafi‘e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini al-Syafi‘e
telah berkenalan dengan anak murid Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka,
terutamanya Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan
yang penting bagi al-Syafi‘e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan
membanding antara dua ajaran Islam: ajaran Malik bin Anas dan ajaran Abu
Hanifah.
Pada tahun 188H/804M, al-Syafi‘e berhijrah ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah
sebentar di Mekah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi
kelas pengajian. al-Syafi‘e kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau
banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Malik
bin Anas dan Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh penduduk Mekah
kerana kebiasaan mereka kepada ajaran Malik.
Pada tahun 194H/810M, al-Syafi‘e kembali semula ke Baghdad dan beliau
dipelawa untuk memegang jawatan qadi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan
hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. al-Syafi‘e kemudian kembali ke Mesir
dan memusatkan ajarannya di sana. Daud bin ‘Ali pernah ditanya akan kelebihan
al-Syafi‘e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab:
al-Syafi‘e mempunyai beberapa
keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Dia
seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan i'tiqad yang benar, seorang yang
sangat murah hati, mengetahui hadis sahih dan hadis daif, nasikh, mansukh,
menghafal al-Qur'an dan Hadis, perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidun dan
amat pandai mengarang.
Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Malik bin
Anas dan Abu Hanifah, al-Syafi‘e menghadapi banyak tentangan daripada
pengikut-pengikut Mazhab Maliki yang taksub kepada guru mereka. Pada satu malam
dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, al-Syafi‘e
telah dipukul sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu al-Syafi‘e juga
sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.
al-Syafi‘e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Negeri Mesir.
Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam
bidang usul fiqh berjudul al-Risala. Kitab ini adalah yang terawal dalam
menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan
al-Sunnah. Selain itu al-Syafi‘e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang masyhur
berjudul al-Umm. Ajaran al-Syafi‘e diteruskan oleh
beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yakub al-Buwayti (231H/846M),
Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani
(274H/888M).
Imam Ahmad bin Hanbal [164H/781M -241H/856M]
Imam Abu ‘Abd Allah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada tahun
164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda 30
tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad
bin Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun dia sudah
menjadi penghafal hadis yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan
pengajian hadisnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya
dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadis termasuk barisan
perawinya.
Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak
lama kemudian ke Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat
duduk berguru dengan Imam al-Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur
ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, ‘Umar ibn ‘Abd Allah ibn
Khalid, ‘Abd al-Rahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H Imam
Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan ‘Abd al-Razzaq ibn
Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang
berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis
hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.
Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar.
Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqah menarik perhatian
orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak
muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari,
Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata:
“Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli
dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui
tentang al-Sunnah selain dia. Dia tidak pernah bersenda gurau, dia selalu
berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.”
Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengalami pengalaman hidup dalam penjara kerana kekerasannya
menentang Mazhab Mu’tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid
ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru
tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan dalam penjara
sehingga tidak sedarkan diri.
Akibat ketegasan Imam Ahmad serta tekanan daripada para orang ramai
akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid terpaksa membebaskan beliau. Imam
Ahmad kemudian meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah
kematiannya pada tahun 241H/856M. Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada
dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu al-Musnad yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam dan atsar para sahabat radhiallahu ‘anhum. Dua
orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu ‘Abd Allah
bin Ahmad dan Salih bin Ahmad.
Demikianlah tamatnya secara ringkas riwayat hidup para imam empat mazhab
yang masyhur itu.
Wallahu'alam
Assalamu'alaikum,
12 Cara Mengatasi Stress...
Pernahkah anda bayangkan sebelum ini anda telah pernah melalui zaman tekanan demi tekanan (mungkin sejak bertahun2 kebelakangan ini) dan apa yang telah anda lakukan bagi mengatasinya?
Tak semua orang menghadapi berbagai
tekanan dalam bentuk & keadaan yang sama.
Namun kita patut bersyukur, kini terdapat berbagai jenis kemudahan atau peralatan untuk meringankan beban tugas harian kita bagi mengurangkan tekanan/stress. Kita sudah ada berbagai jenis mesin seperti mesin pembasuh & pengering pakaian, dah ada seterika elektrik untuk menggosok baju, sudah ada telefon bimbit, sudah ada kenderaan sendiri, sudah ada perhubungan emel & internet, sudah ada makanan segera, dan sebagainya.
Oleh itu, kita kini sudah boleh menjalankan berbagai aktiviti sambil membuat keputusan harian dengan lebih mudah dalam sehari berbanding dengan mereka di tahun enam puluhan dulu. Kita kini lebih berupaya melakukan berbagai2 aktiviti dalam sehari walaupun sambil mengundan berbagai tekanan sebagai kesannya.
Dengan bertambahnya aktiviti harian yang perlu kita tunaikan sudah pastilah berbagai tekanan akan timbul dari segi perancangan serta penjadualannya. Kadangkala kita naik pening kepala dibuatnya oleh sebab terpaksa berhadapan dengan berbagai tugas (samada di tempat kerja maupun di rumah) atau keperluan yang harus dilakukan setiap hari.
Jadi bagaimanakah kita boleh mengurangkan kesan tekanan harian ini untuk mengelakkan kesihatan fisikal & mental kita daripada terjejas sambil mengekalkan kebahagiaan hidup kita sekeluarga?
Terdapat 12 cara untuk kita mengenepikan kesan negative tekanan hidup harian ke atas diri kita:
Pertama: Dengan bersenam, beriadhah, pergi ke gym atau menjalankan aktiviti berbentuk sukan yang boleh mengeluarkan peluh.
Kedua: Mengutamakan amalan pemakanan sihat, agar bahan makanan yang diambil setiap hari berkhasiat lagi seimbang. Elakkan makanan segera yang langsung tidak berkhasiat (junk foods). Kita perlu minum air putih yang banyak. Kurangkan mengambil minuman bergula dengan banyak, kurangkan mengambil minuman bercafiene (the & kopi), kurangkan makanan yang berminyak, dll. Makanan yang sihat sudah pasti akan menjamin tahap kesihatan fisikal & mental yang baik. Tekanan tidak mudah menular apabila kita sentiasa beriadhah untuk kesihatan.
Ketiga: Sebenarnya kita boleh mengawal diri kita bagi mengelakkan tekanan menguasai diri kita. Aktiviti2 harian kita memang boleh dirancang serta dijadualkan. Kita juga patut elakkan daripada menangguh sesuatu kerja atau pun urusan untuk dilaksanakan kemudian. Lagi pun, dalam sehari kita hanya mempunyai 24 jam; dan harus ingat 6~8 jam. Jadi masa itu EMAS! Ini akan dapat mengelakkan tekanan ke atas diri sendiri.
Keempat: Jika ada
masalah
Kelima: Elakkan diri daripada sentiasa bersendirian. Kita perlu berkawan, bergaul mesra dengan rakan2 sekerja, jiran2 di rumah, dengan berkongsi maklumat, bertukar2 pendapat atau buah fikiranber sambil berseloroh, berjenaka, dll. Ini akan dapat meredakan tekanan yang mungkin ada.
Keenam: Kita sentiasa harus bersyukur di atas segala nikmat & anugerah Allah SWT ke atas diri kita & keluarga. Masih ada orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita, yang lebih miskin daripada kita, lebih bermasalah daripada kita, ataupun lebih menderita daripada kita. Dan kita juga harus yakin terhadap diri kita, kebolehan kita, kebijaksanaan kita, usaha kita – mudah2an kita akan berjaya menyelesaikan sebarang kekusutan yang ada.
Ketujuh: Sekali sekala, ambillah peluang untuk berihat sambil bersukaria sesama anggota keluarga, sahabat handai & sanak saudara. Ambillah cuti untuk berihat dengan keluarga tersayang ataupun melakukan ziarah teman tetangga dikampong, dll. Untuk melegakan fikiran atau tekanan.
Kelapan: Ambil peluang untuk bersendirian (dengan menarek nafas panjang) ketika sedang berhadapan dengan sesuatu tugas atau aktiviti yang membawa tekanan, walaupun buat beberapa ketika saja, untuk mencari ketenangan fikiran, dengan berjalan2, bersenam atau pun dengan menelefon seseorang sebagai satu activiti sampingan.
Kesembilan: Jangan suka bebankan diri kita dengan berbagai2 aktiviti atau kesanggupan yang sudah pasti kita tidak mungkin dapat diselesaikan dalam jangkamasa yang diperlukan.
Kesepuloh: Kurangkan menonton TV sebab tak semua bahan yang dipamerkan di kaca TV itu akan dapat membantu kita dalam meredakan tekanan dalam diri kita. Lebih baik masa untuk menonton TV itu digunakan bagi tujuan lain yang bakal membawa ketenangan fikiran kita.
Kesebelas: Pastikan kita sentiasa mempunyai waktu tidur yang cukup. Purata seseorang individu memerlukan 6~8 jam untuk tidur yang nyenyak dalam sehari. Tidur yang cukup lagi nyenyak akan dapat memastikan tubuh badan yang sihat serta minda yang cergas lagi sihat.
Keduabelas: Sentiasa amalkan agar kita minum air yang cukup (sekurang2nya 8 gelas besar sehari) untuk mengelakkan 'dehydration' berlaku ke atas tubuh badan kita. Air juga merupakan sebagai satu bahan terapi (satu penemuan oleh pakar kesihatan baru2 ini) untuk menjamin tubuh badan & minda yang sihat. Wallahu'alam!
Kepada para pelawat blog ini (di mana jua anda semua berada) kesempatan ini diambil untuk mengucapkan,
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDULFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN!"
Daripada:
Haji Jani & Keluarga
Subang Jaya, Malaysia
1 Syawal 1430H
Buah-buahan Istimewa!
Berikut adalah buah-buahan istimewa untuk kesihatan. Sila panjangkan berita ini
kepada kawan2 dan ahli2 keluarga masing2.
Buah Kiwi
Kecil tapi penoh khasiat! Ia adalah punca khasiat makan
yang banyak seperti zat galian potassium, magnesium, Vitamin E & serat
(fibre). Kandungan Vitamin C nya adalah dua kali ganda kandungan buah oren.
Buah Epal
Sibiji buah epal akan menjauhkan diri anda daripada
berbagai penyakit. Walaupun buah epal mengandungi Vitamin C yang agak rendah,
akan tetapi ia mempunyai “antioxidants“ & “flavonoids” yang boleh
meransangkan aktibiti Vitamin C, dengan ini ia boleh membantu dalam
mengurangkan risiko barah usus, serangan sakit jantung.
Buah Strawberry
Sejenis buah perlindungan: kerana ia mempunyai kandungan
kuasa antioxidant yang tertinggi di kalangan berbagai jenis buah-buahan. Ia
berupaya melindungi badan kita daripada pertumbuhan barah dan mengelakkan
pembuloh darah jadi tersumbat disebabkan oleh ‘free radicals’.
Buah Oren
Ubat yang palin manis – dengan memakan 2 hingga 4 biji oren
sehari boleh membantu dalam menangkis penyakit selsema biasa, mengurangkan
kandungan cholesterol dalam badan, boleh melarutkan batu buah pinggang serta
mengelakkan risiko barah usus.
Buah Tembikai
Buah yang boleh melenyapkan rasa dahaga – mengandungi 92%
air, ia juga padat dengan zat ‘glutathione’ yang bertindak sebagai penggalak
system pelalian (immune system) badan kita. Tembikai juga merupakan satu punca
‘lycopene’, yakni sejenis kompaun yang boleh melawan tindakan ‘oxidant’. Selain
daripada itu terdapat juga zat lain dalam tembikai seperti C & zat galian
Potassium.
Buah Jambu & Betik
Banyak mengandungi Vitamin C – Jambu juga adalah kaya
dengan serat (fibre) yang perlu untuk mengelakkan sembelit. Betik pula kaya
dengan zat ‘carotene’ yang sangat berkhasiat untuk kesihatan mata kita.
Cara Terbaik Untuk Memakan
Buah-buahan
Kita sering beranggapan bahawa tabiat memakan buah-buahan
adalah semata-mata membelinya, membuang kulit, memotongnya lalu memakannya.
Sebenernya ia tidaklah semudah itu. Adalah mustahak agar kita mengetahui
bagaimana cara dan masa yang sesuai untuk memakannya. Jadi apakah cara terbaik
untuk memakan buah-buahan?
Ya, inilah dia petuanya: ‘Elakkan makan buah-buahan selepas
waktu makan utama – makan tengahari dan malam!
BUAH-BUAHAN HENDAKLAH DI MAKAN APABILA
PERUT KITA KOSONG!
Jika kita makan buah-buahan semasa perut kita kosong, ini
akan memainkan peranan yang utama untuk mengeluarkan segala bentuk keracunan
dalam badan kita, sambil menyumbang tenaga yang banyak untuk kita menjaga berat
badan serta kegiatan hidup yang lain untuk kita.
INI BERMAKNA BUAH-BUAHAN ADALAH MAKANAN YANG AMAT MUSTAHAK UNTUK
KITA!
Katakan anda makan 2 keping roti, kemudian memakan pula
sehiris dua buah-buahan. Buah tadi sepatutnya akan terus mengalir masuk ke
dalam perut lalu ke usus anda, akan tetapi ianya disekat daripada berbuat
demikian. Sementara itu, kesemua bahan makanan anda tadi akan menjadi reput dan
terperam dalam perut anda dan bertukar menjadi asid. Sebaik sahaja buah tadi bertemu
dengan makanan yang telah pun berada dalam perut anda yang mengandungi asid
tadi kesemua yang anda makan (roti, dll. serta buah itu) akan menjadi ‘rosak’.
Oleh itu makanlah buah-buahan semasa perut anda kosong, yakni sebelum waktu
makan utama.
Anda mungkin pernah mendengar orang mengadu – “… tiap-tiap
kali saya makan buah tembikai selepas makan saya mula bersendawa, bila saya
makan durian pula saya rasa perut saya macam senak, dan bila saya makan pisang pula
saya rasa macam nak ke bilik air, dll. – sebenarnya ini semua tidak akan
berlaku jika anda makan buah-buahan tadi semasa perut anda kosong! Buah-buahan
tadi apabila mula bercampur dengan makanan (yang telah separuh dihazam dalam
perut anda) akan mengeluarkan gas, dan inilah sebabnya anda berasa ‘penoh’
(senak) dan terus bersendawa!
Kejadian rambut memutih beruban, keguguran rambut, rasa kurang selesa, tanda
kedutan gegelang hitam dibawah mata tidak akan berlaku jika anda memakan
buah-buahan semasa perut kosong. Tanggapan umum bahawa buah oren dan limau
adalah asid adalah meleset semata-mata;
sebenarnya apabila tiba ke dalam perut semua buah-buahan akan menjadi
‘alkali’ dalam badan kita, mengikut Dr. Herbert Shelton, yang telah
menjalankan penyelidikan dalam perkara ini. Oleh itu jika anda telah pun dapat
menguasai cara terbaik memakan buah-buahan, anda sebenarnya telah memperolehi
satu rahsia baru untuk memelihara ketampanan diri, kesihatan tubuh badan yang
baik, tenaga yang banyak, kesejahteraan, pengawalan berat badan yang seimbang
serta boleh pula hidup lebeh lama, Insya Allah!
Seperkara lagi, jika anda gemarkan jus buah-buahan,
minumlah jus yang segar lagi baru diperah, BUKANnya jus daripada dalam
tin! Dan jangan juga minum jus
buah-buahan yang telah dipanaskan di atas api. Buah-buahan
yang telah dimasak juga tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anda, yang
anda dapat hanyalah RASAnya sahaja! Sebenarnya buah-buahan yang dimasak akan
kehilangan zat Vitaminnya. Dengan memakan buah masak yang segar adalah lebeh
baik daripada meminum jusnya.
Jika anda
ingin juga minum jus buah-buahan minumlah secara sedikit demi sedikit, untuk
membolehkan ianya bercampur dulu dengan air ludah anda sebelum menelannya.
Anda boleh
INI ADALAH SATU NASIHAT YANG BAIK DARIPADA
DOKTOR ANDA!!!
![]() |
|
MENINGITIS jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan maut.
|
SEJAUH mana anda tahu mengenai bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus?
Bakteria ini menyebabkan penyakit pneumokokal yang merangkumi otitis media (jangkitan telinga), pneumonia (radang paru-paru), bakteremia (kuman dalam darah) dan meningitis (radang selaput otak) di kalangan kanak-kanak dan warga emas. Istilah penyakit pneumokokal (PnD) juga mungkin tidak begitu menakutkan bagi ibu bapa berbanding tetanus, hepatitis, polio, atau demam campak.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa jangkitan bakteria ini merupakan punca utama kematian kanak-kanak, sama ada di bawah umur lima tahun dan juga yang melebihi umur lima tahun. Perangkaan punca kematian kanak-kanak akibat penyakit yang boleh dielakkan melalui vaksinasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 menunjukkan 1.61 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat PnD.
Dari jumlah itu, 716,000 kanak-kanak yang meninggal dunia berumur lima tahun ke bawah sementara 896,000 lagi berumur lima tahun ke atas. Jumlah kematian kini juga dianggarkan mencecah satu juta setiap tahun di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Ini bermakna kira-kira 112 orang kanak-kanak akan menemui ajal akibat PnD setiap jam atau 2,700 kematian setiap hari di seluruh dunia.
Ancaman
Pakar Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Pusat Perubatan Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan, kumpulan paling berisiko mendapat PnD adalah bayi di bawah umur 24 bulan terutamanya kerana PnD sukar dikesan di kalangan bayi.
“Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.
“PnD juga boleh menjadi teruk dengan pantas dan kelewatan dalam mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak atau organ utama lain,” ujar beliau.
Beliau menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai sistem imuniti lemah seperti pesakit talasemia, anemia sel sabit atau dijangkiti HIV juga mempunyai risiko lebih tinggi menghidap PnD.
Dr. Zulkifli memaklumkan bahawa jangkitan pneumokokus mungkin berlaku sebagai jangkitan sekunder (kedua) selepas jangkitan virus.
“Bakteria ini boleh masuk melalui salur pernafasan dan seterusnya menyebabkan jangkitan di beberapa bahagian badan termasuk telinga, darah, paru-paru dan otak.
“Ini boleh menyebabkan jangkitan teruk (invasif) seperti meningitis, bakteremia atau pneumonia atau hanya jangkitan ringan seperti sinusitis dan otitis media,” jelasnya.
Menurutnya lagi, otitis media (jangkitan telinga) paling banyak berlaku di kalangan pesakit tetapi paling kurang berbahaya sementara meningitis yang jarang berlaku adalah amat berbahaya dan boleh membawa maut.
Setempat
Pakar Runding Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan, Dr. Mohd. Suhaimi Ab. Wahab menyatakan tidak banyak maklumat mengenai bilangan kes PnD di Malaysia kerana penyakit ini tidak tergolong dalam jenis penyakit perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan.
“Ujian mikrobiologi cuma dilakukan dalam sebilangan kecil kes PnD sementara amalan pengambilan cecair tulang belakang (CSF) untuk diuji dalam kes meningitis juga amat rendah.
“Namun, kajian tempatan dari 1995 hingga 1996 berjaya merekodkan 273 kes jangkitan pneumokokus dari enam hospital, dengan 31.1 peratus daripada pesakit yang dijangkiti berusia di bawah umur 10 tahun,” katanya.
Menurut beliau, 10 peratus (2.7 juta) daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia berumur bawah lima tahun dan mengikut perangkaan kasar, mungkin terdapat 20,000 kes meningitis pneumokokal di kalangan kanak-kanak berlaku setiap tahun di negara ini.
Dalam satu kajian di Sabah, 70.3 peratus kes meningitis yang disahkan berpunca daripada jangkitan pneumokokus dicatatkan berlaku kepada bayi yang berumur 36 bulan ke bawah, dengan bayi seawal usia dua bulan juga dijangkiti bakteria tersebut.
Dalam pada itu, Dr. Mohd. Suhaimi juga membangkitkan isu peningkatan rintangan antibiotik oleh bakteria pneumokokus hasil beberapa kajian sejak 1984 lagi.
“Kajian dari 1984 hingga 1985 menunjukkan hanya empat peratus kes rintangan pneumokokus terhadap antibiotik penisilin.
“Satu lagi kajian dari 1996 hingga 1997 menunjukkan peratusan ini meningkat kepada 10 peratus sementara kajian berasingan dari 1999 hingga 2004 menunjukkan rintangan terhadap penisilin telah meningkat kepada 62 peratus,” jelasnya.
Beliau mengaitkan peningkatan rintangan pneumokokus terhadap penisilin ini akibat pemberian antibiotik secara berleluasa dan tidak mengikut arahan pengambilan antibiotik.
Pengetahuan mengenai PnD di Malaysia secara umumnya masih rendah dengan Tinjauan Kesedaran Penyakit Pneumokokal Global 2006 hanya menunjukkan 31 peratus ibu bapa di negara ini mengetahui mengenai penyakit tersebut.
Tinjauan itu turut mendapati hanya 38 peratus ibu bapa di Malaysia mengetahui adanya vaksin untuk PnD tetapi peratusan ini dijangka telah meningkat hasil pendedahan melalui media.
Vaksin
Vaksin berkonjugat pneumokokus tiba ke pasaran negara ini pada bulan Oktober 2005 tetapi telah digunakan di Amerika Syarikat sejak tahun 2000 lagi. WHO menamakan penyakit pneumokokal sebagai punca nombor satu kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan menyarankan vaksin berkonjugat pneumokokus perlu diberi keutamaan untuk dimasukkan ke dalam program imunisasi kanak-kanak.
Dr. Zulkifli menjelaskan, setiap kanak-kanak akan memerlukan tiga atau empat dos vaksin, mengikut pendapat doktor dan umur anak, bagi mendapat perlindungan seumur hidup daripada PnD.
“Vaksin ini belum dimasukkan dalam jadual imunisasi wajib kebangsaan tetapi sepatutnya terdapat di setiap hospital swasta dan sesetengah klinik.
“Namun para doktor perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang penyakit dan vaksin ini memandangkan masih ramai yang tidak tahu mengenainya,” katanya.
Beliau juga mengingatkan ibu bapa untuk bertanya kepada doktor tentang penyakit dan vaksin tersebut bagi melindungi bayi yang baru lahir.
Tambah beliau, pengambilan vaksin ini juga dapat memberikan imuniti berkelompok iaitu perlindungan kepada individu lain yang tidak menerima vaksin dengan menyekat penyebaran bakteria pneumokokus dalam pergaulan harian.
Janganlah kita menghukum mereka yang memilih untuk tidak mengambil vaksin ini.
“Bagaimanapun, semua pihak, tidak kira doktor atau ibu bapa, diminta jangan memikirkan PnD dari segi peratusan sahaja kerana ianya bukan lagi peratusan jika anak anda sendiri yang menjadi mangsa,” tegas Dr. Zulkifli.
Assalamu'alaikum,
Kepada semua peminat Blog ini yang ingin menyumbang idea atau pun artikel yang boleh dikongsi bersama oleh para pelawat Blog ini bolehlah memajukan artikel masing-masing kepada saya melalui email ini: hajijani@gmail.com
Di akhir-akhir ini saya agak sibuk sedikit dengan berbagai aktiviti yang diceburi, jadi saya kurang kelapangan untuk memuatkan artikel atau berita ke Blog ini.
Bantian daripada para peminat atau ahli amatlah saya hargai kerana ini akan meringankan sedikit bebanan saya.
Terima kasih.
Wassalam,
Moderator
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
PADA HARI KHAMIS, 1HB MEI 2008.
SEMOGA SEMUA PEKERJA CERIA SELALU,
SAMBIL MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING
DENGAN PENOH TEKUN DAN IKHLAS.
NANTI ADALAH HABUANNYA KEMUDIAN,
JIKA TIDAK PUN DARI ALLAH SWT!
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU - TAHUN 2008
Semoga tahun baru ini akan membawa
penampilan hidup yang lebih bermakna kepada
kita semua, sambil di kurniakan kesihatan tubuh badan
serta minda yang terus cergas.
Daripada saya sekeluarga.
Moderator

| << December 2009 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | ||
| 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||