Waktu Malaysia

Petikan Hadith

Pedoman Al-Quran

Gambar2 Pilihan

Syukran Jazilan
Blogdrive
Blog customized by

"KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG INI: "SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA INI!" - DARIPADA SAYA, HJ JANI & KELUARGA DI SUBANG JAYA!"
Thursday, September 10, 2009
Khasiat Buah2an

Buah-buahan Istimewa!


Berikut adalah buah-buahan istimewa untuk kesihatan. Sila panjangkan berita ini kepada kawan2 dan ahli2 keluarga masing2.


Buah Kiwi

Kecil tapi penoh khasiat! Ia adalah punca khasiat makan yang banyak seperti zat galian potassium, magnesium, Vitamin E & serat (fibre). Kandungan Vitamin C nya adalah dua kali ganda kandungan buah oren.

 

Buah Epal

Sibiji buah epal akan menjauhkan diri anda daripada berbagai penyakit. Walaupun buah epal mengandungi Vitamin C yang agak rendah, akan tetapi ia mempunyai “antioxidants“ & “flavonoids” yang boleh meransangkan aktibiti Vitamin C, dengan ini ia boleh membantu dalam mengurangkan risiko barah usus, serangan sakit jantung.


Buah Strawberry

Sejenis buah perlindungan: kerana ia mempunyai kandungan kuasa antioxidant yang tertinggi di kalangan berbagai jenis buah-buahan. Ia berupaya melindungi badan kita daripada pertumbuhan barah dan mengelakkan pembuloh darah jadi tersumbat disebabkan oleh ‘free radicals’.

 
Buah Oren

Ubat yang palin manis – dengan memakan 2 hingga 4 biji oren sehari boleh membantu dalam menangkis penyakit selsema biasa, mengurangkan kandungan cholesterol dalam badan, boleh melarutkan batu buah pinggang serta mengelakkan risiko barah usus.

 
Buah Tembikai

Buah yang boleh melenyapkan rasa dahaga – mengandungi 92% air, ia juga padat dengan zat ‘glutathione’ yang bertindak sebagai penggalak system pelalian (immune system) badan kita. Tembikai juga merupakan satu punca ‘lycopene’, yakni sejenis kompaun yang boleh melawan tindakan ‘oxidant’. Selain daripada itu terdapat juga zat lain dalam tembikai seperti C & zat galian Potassium.

Buah Jambu & Betik

Banyak mengandungi Vitamin C – Jambu juga adalah kaya dengan serat (fibre) yang perlu untuk mengelakkan sembelit. Betik pula kaya dengan zat ‘carotene’ yang sangat berkhasiat untuk kesihatan mata kita.

 

Cara Terbaik Untuk Memakan Buah-buahan

 

Kita sering beranggapan bahawa tabiat memakan buah-buahan adalah semata-mata membelinya, membuang kulit, memotongnya lalu memakannya. Sebenernya ia tidaklah semudah itu. Adalah mustahak agar kita mengetahui bagaimana cara dan masa yang sesuai untuk memakannya. Jadi apakah cara terbaik untuk memakan buah-buahan?

 

Ya, inilah dia petuanya: ‘Elakkan makan buah-buahan selepas waktu makan utama – makan tengahari dan malam!


BUAH-BUAHAN HENDAKLAH DI MAKAN APABILA PERUT KITA KOSONG!

 

Jika kita makan buah-buahan semasa perut kita kosong, ini akan memainkan peranan yang utama untuk mengeluarkan segala bentuk keracunan dalam badan kita, sambil menyumbang tenaga yang banyak untuk kita menjaga berat badan serta kegiatan hidup yang lain untuk kita.

 
INI BERMAKNA BUAH-BUAHAN ADALAH MAKANAN YANG AMAT MUSTAHAK UNTUK KITA!

 

Katakan anda makan 2 keping roti, kemudian memakan pula sehiris dua buah-buahan. Buah tadi sepatutnya akan terus mengalir masuk ke dalam perut lalu ke usus anda, akan tetapi ianya disekat daripada berbuat demikian. Sementara itu, kesemua bahan makanan anda tadi akan menjadi reput dan terperam dalam perut anda dan bertukar menjadi asid. Sebaik sahaja buah tadi bertemu dengan makanan yang telah pun berada dalam perut anda yang mengandungi asid tadi kesemua yang anda makan (roti, dll. serta buah itu) akan menjadi ‘rosak’. Oleh itu makanlah buah-buahan semasa perut anda kosong, yakni sebelum waktu makan utama.

 

Anda mungkin pernah mendengar orang mengadu – “… tiap-tiap kali saya makan buah tembikai selepas makan saya mula bersendawa, bila saya makan durian pula saya rasa perut saya macam senak, dan bila saya makan pisang pula saya rasa macam nak ke bilik air, dll. – sebenarnya ini semua tidak akan berlaku jika anda makan buah-buahan tadi semasa perut anda kosong! Buah-buahan tadi apabila mula bercampur dengan makanan (yang telah separuh dihazam dalam perut anda) akan mengeluarkan gas, dan inilah sebabnya anda berasa ‘penoh’ (senak) dan terus bersendawa!

 
Kejadian rambut memutih beruban, keguguran rambut, rasa kurang selesa, tanda kedutan gegelang hitam dibawah mata tidak akan berlaku jika anda memakan buah-buahan semasa perut kosong. Tanggapan umum bahawa buah oren dan limau adalah asid adalah meleset semata-mata;  sebenarnya apabila tiba ke dalam perut semua buah-buahan akan menjadi ‘alkali’ dalam badan kita, mengikut Dr. Herbert Shelton, yang telah menjalankan penyelidikan dalam perkara ini. Oleh itu jika anda telah pun dapat menguasai cara terbaik memakan buah-buahan, anda sebenarnya telah memperolehi satu rahsia baru untuk memelihara ketampanan diri, kesihatan tubuh badan yang baik, tenaga yang banyak, kesejahteraan, pengawalan berat badan yang seimbang serta boleh pula hidup lebeh lama, Insya Allah!

 

Seperkara lagi, jika anda gemarkan jus buah-buahan, minumlah jus yang segar lagi baru diperah, BUKANnya jus daripada dalam tin!  Dan jangan juga minum jus buah-buahan yang telah dipanaskan di atas api. Buah-buahan yang telah dimasak juga tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anda, yang anda dapat hanyalah RASAnya sahaja! Sebenarnya buah-buahan yang dimasak akan kehilangan zat Vitaminnya. Dengan memakan buah masak yang segar adalah lebeh baik daripada meminum jusnya.

 

Jika anda ingin juga minum jus buah-buahan minumlah secara sedikit demi sedikit, untuk membolehkan ianya bercampur dulu dengan air ludah anda sebelum menelannya.

 
Anda boleh cuba ber’puasa’ selama 3 hari berturut-turut dengan memakan buah-buahan saja untuk membersihkan badan anda. Cuma makan buah-buahan serta jus buah-buahan selama 3 hari dan anda akan berasa takjub apabila rakan-rakan anda dapat melihat perubahan yang agak ketara ke atas diri anda selepas 3 hari itu!

 

INI ADALAH SATU NASIHAT YANG BAIK DARIPADA DOKTOR ANDA!!!



Posted at Thursday, September 10, 2009 by jb125



Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Ahlan Wassahlan


Assalamu'alaikum!

Selamat Datang Ke Laman Web Keluarga Haji Jani, Subang Jaya, Malaysia




Laman ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli keluarga besar saya untuk berinteraksi sambil bergurau senda, dan untuk mengisi masa lapang masing2.

Adalah diharapkan melalui forum ini lebih ramai yang akan mengambil bahagian untuk menghantar mesej atau saja nak bertukar2 pendapat atau idea di ruang ini.

Saya juga ingin menjemput ahli keluarga yang rajin menulis sebagai penulis jemputan tetap forum ini.

Bagi yang tak berminat atau malu nak menulis tu bolihlah hantarkan bahan2 tulisan anda kepada saya melalui email untuk di poskan ke laman web ini.

Terima kasih.




Sila emelkan Mesej Atau Pun Komen Anda kepada saya ke alamat: jb125@tm.net.my Atau pun ke: hajijani@yahoogroups.com


Bila dah baca mana2 artikel berilah komen sikit ya!

Ruang Bicara
Ruang ini untuk sesiapa yang nak sampaikan mesej atau nak beri komen secara langsung aje
(Live chat pun boleh!)

   

Takwim
<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Pautan Akhbar Tempatan

Pautan Radio Tempatan

Waktu Solat Malaysia
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Beberapa Pautan Menarik
Agama Untuk Keluarga Untuk Percutian Dunia Bisnes Lain-lain

Anda adalah pelawat yang ke
Free Web Site Counters
Free Web Site Counters
Tarikh Laman Ini Mula Diwujudkan:
Selasa, 1hb Jun, 2004

Ingin Menghubungi Saya?
Sila klik di sini untuk menghubungi saya!

Notifikasi Email
Jika ingin diberitahu sebarang berita atau artikel terkini dalam blogdrive ini sila daftarkan alamat email anda di dalam kotak berikut ini. Terima Kasih.
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Album Foto Keluarga

Apa Pendapat Anda?
Sila beri komen anda dengan menekan butang "Vote!" di bawah ini, terhadap persembahan Laman Web ini serta mengenai Isi Kandungannya, dll.
Terima Kasih!

Lagu-lagu Latar