Waktu Malaysia

Petikan Hadith

Pedoman Al-Quran

Gambar2 Pilihan

Syukran Jazilan
Blogdrive
Blog customized by

"KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG INI: "SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA INI!" - DARIPADA SAYA, HJ JANI & KELUARGA DI SUBANG JAYA!"
Tuesday, January 01, 2008
Kepada Semua Pelawat Blog Ini...

 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU - TAHUN 2008

Semoga tahun baru ini akan membawa

penampilan hidup yang lebih bermakna kepada

kita semua, sambil di kurniakan kesihatan tubuh badan

serta minda yang terus cergas.

Daripada saya sekeluarga.

Moderator


Posted at Tuesday, January 01, 2008 by jb125
Apa Komen Anda?


Saturday, December 29, 2007
Malang sungguh keluarga ini...

Sejak semalam kita telah disajikan dengan babak-babak berita sedih pembunuhan Benazir Bhutto, bekas perdana menteri Pakistan. Ramai yang terkejut dengan peristiwa tersebut. Seorang pengebom berani mati telah menembak Benazir dan kemudian meletupkan dirinya dengan bom. Satu perbuatan yang terkutuk lagi pengecut.

Semoga Allh swt mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarhamah Benazir.

Posted at Saturday, December 29, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Sunday, December 23, 2007
Assalamu'alaikum!

ASSALAMU'ALAIKUM!

Kepada para pelawat Blog ini saya mohon maaf kerana sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan laman ini dengan sebarang mesej atau pun artikel.

Saya akan cuba terus hidupkan Blog ini untuk manfaat kita bersama jua, Insya Allah! Sekurang2nya para pelawat yang berada di luar negara (di kalangan ahli keluarga saya) bolih juga menghantar mesej atau pun berita dari semasa kesemasa melalui Blog ini.

Saya harap Hari Raya Qurban yang baru berlalu telah dapat di ra'ikan dengan penuh makna kali olih semua pelawat Blog ini. Kepada mereka yang menunaikan fardhu Haji di Mekah & Madinah di ucapkan selamat kembali ke tanahair moga2 mendapat Haji yang Mabrur!

Wassalam,


Posted at Sunday, December 23, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Saturday, October 20, 2007
Rumah Terbuka & Duit Raya

Assalamu'alaikum,

Dalam bulan Syawal ini saya kira akan ramailah para individu serta berbagai pertubuhan yang akan mengadakan majlis Rumah Terbuka masing2. Nampaknya budaya 'rumah terbuka' ini akan terus berpanjangan. Dan pada waktu ini jugalah para caterer akan mendapat bisnes yang agak lumayan. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, jika nak mengadakan majlis rumah terbuka juga kenalah berpenat lelah sikit dengan menyediakan sendiri juadah2 yang perlu disajikan kepada para tamu jemputan.


Dari ingatan saya, pada zaman 50'an, 60'an dan awal 70'an dulu kita jarang2 benar terdengar ungkapan 'rumah terbuka' ini. Tapi kini ianya sudah menjadi satu budaya atau satu kelaziman; jika kita tak buat majlis 'rumah terbuka' kita tak akan mudah menerima kunjungan daripada kaum keluarga serta sahabat handai. Sehinggakan ada di kalangan saudara mara & sahabat handai yang telah bersuara, "bila nak buat rumah terbuka?..." atau "... dia tak jemput saya malulah nak datang!" dan sebagainya lagi!


Mujurlah di kampong2 budaya ini masih belum begitu menular lagi. Suasana ziarah menziarahi sanak saudara serta sahabat handai masih lagi berjalan seperti biasa; tak payah nak tunggu jemputan 'rumah terbuka'. Mungkinkah ini merupakan satu daya tarekan yang masih ada sehinggakan ramai warga kota berpusu2 balik ke kampong masing2?

 

Di kalangan anak2 pula sambutan hariraya sudah mula menjadi satu kebiasaan atau budaya untuk meraih 'duit raya'. Tujuan utama mereka untuk kunjung mengunjung ke rumah2 sanak saudara & para sahabat handai para ibubapa ialah untuk kutip 'duit raya'. Saya pun kurang pasti bila pulak budaya 'duit raya' ini bermula (ada sesiapa yang tahu/ingattahu?); sehinggakan pihak bank2 tempatan telah menyediakan sambil mengedarkan paket2 Hari Raya masing2 kepada para pelanggan mereka.

 

Wallahu'alam!


Posted at Saturday, October 20, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Friday, October 05, 2007
Menjelang ketibaan hari lebaran...

 

Kepada para pelawat blog ini (di mana jua anda semua berada) kesempatan ini diambil untuk mengucapkan,

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDULFITRI  

MAAF ZAHIR & BATIN!"

Daripada:

Haji Jani & Keluarga

Subang Jaya, Malaysia

1 Syawal 1428H



Posted at Friday, October 05, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Monday, September 17, 2007
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 1428H

Assalamu'alaikum,

Untuk maklumat para pelawat Blog ini yang bermastautin di negeri Selangor Darul Ehsan, kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1428H ini ialah RM5.20 seorang. Nampaknya ada sedikit peningkatan berbanding dengan kadar tahun lepas.


Posted at Monday, September 17, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Sunday, September 16, 2007
Waktu Berbuka Puasa & Imsak

Assalamu'alaikum,

Untuk mengetahui jadual berbuka puasa bagi kawasan Subang Jaya/USJ (dan kawasan2 yang sewaktu dengannya) sehingga akhir Ramadhan Al Mubarak 1428H sila klik butang mouse anda
DI SINI!

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima Allah SWT!

Wassalam,

Moderator

Posted at Sunday, September 16, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Tuesday, September 11, 2007
Ramadhan Al Mubarak 1428H

Kepada para pelawat Muslimin & Muslimat Blog ini:

Saya dan Keluarga ucapkan

"SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN AL MUBARAK 1428H"

pada 13hb September, 2007 (Insya Allah!)

Semoga puasa Ramadhan kita pada tahun ini

diterima Allah SWT!

Wassalam,

Moderator Blog


Posted at Tuesday, September 11, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Sunday, August 26, 2007
12 Cara Mengatasi Stress...

Assalamu'alaikum,

 

Pernahkah anda bayangkan sebelum ini anda telah pernah melalui zaman tekanan demi tekanan (mungkin sejak bertahun2 kebelakangan ini) dan apa yang telah anda lakukan bagi mengatasinya?

 

Tak semua orang menghadapi berbagai tekanan dalam bentuk & keadaan yang sama. Ada orang sentiasa nampak relex aje walau pun dalam keadaan tertekan (stressed). Ada orang lain pula tidak selesa atau bersedia apabila menghadapi tekanan perasaan dalam hidup.

 

Namun kita patut bersyukur, kini terdapat berbagai jenis kemudahan atau peralatan untuk meringankan beban tugas harian kita bagi mengurangkan tekanan/stress. Kita sudah ada berbagai jenis mesin seperti mesin pembasuh & pengering pakaian, dah ada seterika elektrik untuk menggosok baju, sudah ada telefon bimbit, sudah ada kenderaan sendiri, sudah ada perhubungan emel & internet, sudah ada makanan segera, dan sebagainya.

 

Oleh itu, kita kini sudah boleh menjalankan berbagai aktiviti sambil membuat keputusan harian dengan lebih mudah dalam sehari berbanding dengan mereka di tahun enam puluhan dulu. Kita kini lebih berupaya melakukan berbagai2 aktiviti dalam sehari walaupun sambil mengundan berbagai tekanan sebagai kesannya.

 

Dengan bertambahnya aktiviti harian yang perlu kita tunaikan sudah pastilah berbagai tekanan akan timbul dari segi perancangan serta penjadualannya. Kadangkala kita naik pening kepala dibuatnya oleh sebab terpaksa berhadapan dengan berbagai tugas (samada di tempat kerja maupun di rumah) atau keperluan yang harus dilakukan setiap hari.

 

Jadi bagaimanakah kita boleh mengurangkan kesan tekanan harian ini untuk mengelakkan kesihatan fisikal & mental kita daripada terjejas sambil mengekalkan kebahagiaan hidup kita sekeluarga?

 

Terdapat 12 cara untuk kita mengenepikan kesan negative tekanan hidup harian ke atas diri kita:

 

Pertama: Dengan bersenam, beriadhah, pergi ke gym atau menjalankan aktiviti berbentuk sukan yang boleh mengeluarkan peluh.

 

Kedua: Mengutamakan amalan pemakanan sihat, agar bahan makanan yang diambil setiap hari berkhasiat lagi seimbang. Elakkan makanan segera yang langsung tidak berkhasiat (junk foods). Kita perlu minum air putih yang banyak. Kurangkan mengambil minuman bergula dengan banyak, kurangkan mengambil minuman bercafiene (the & kopi), kurangkan makanan yang berminyak, dll. Makanan yang sihat sudah pasti akan menjamin tahap kesihatan fisikal & mental yang baik. Tekanan tidak mudah menular apabila kita sentiasa beriadhah untuk kesihatan.

 

Ketiga: Sebenarnya kita boleh mengawal diri kita bagi mengelakkan tekanan menguasai diri kita. Aktiviti2 harian kita memang boleh dirancang serta dijadualkan. Kita juga patut elakkan daripada menangguh sesuatu kerja atau pun urusan untuk dilaksanakan kemudian. Lagi pun, dalam sehari kita hanya mempunyai 24 jam; dan harus ingat 6~8 jam. Jadi masa itu EMAS! Ini akan dapat mengelakkan tekanan ke atas diri sendiri.

 

Keempat: Jika ada masalah cuba bawa berbincang dengan kawan2 atau sahabat handai, agar satu jalan keluar boleh diperolehi untuk meredakan tekanan. Bila apa yang tertekan di dalam dada telah diluahkan keluar tekanan akan mula reda. Masalah yang dipendam lama dalam dada tanpa menemui jalan keluar sudah pasti akan mengundang tekanan demi tekanan.

 

Kelima: Elakkan diri daripada sentiasa bersendirian. Kita perlu berkawan, bergaul mesra dengan rakan2 sekerja, jiran2 di rumah, dengan berkongsi maklumat, bertukar2 pendapat atau buah fikiranber sambil berseloroh, berjenaka, dll. Ini akan dapat meredakan tekanan yang mungkin ada.

 

Keenam: Kita sentiasa harus bersyukur di atas segala nikmat & anugerah Allah SWT ke atas diri kita & keluarga. Masih ada orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita, yang lebih miskin daripada kita, lebih bermasalah daripada kita, ataupun lebih menderita daripada kita. Dan kita juga harus yakin terhadap diri kita, kebolehan kita, kebijaksanaan kita, usaha kita mudah2an kita akan berjaya menyelesaikan sebarang kekusutan yang ada.

 

Ketujuh: Sekali sekala, ambillah peluang untuk berihat sambil bersukaria sesama anggota keluarga, sahabat handai & sanak saudara. Ambillah cuti untuk berihat dengan keluarga tersayang ataupun melakukan ziarah teman tetangga dikampong, dll. Untuk melegakan fikiran atau tekanan.

 

Kelapan: Ambil peluang untuk bersendirian (dengan menarek nafas panjang) ketika sedang berhadapan dengan sesuatu tugas atau aktiviti yang membawa tekanan, walaupun buat beberapa ketika saja, untuk mencari ketenangan fikiran, dengan berjalan2, bersenam atau pun dengan menelefon seseorang sebagai satu activiti sampingan.

 

Kesembilan: Jangan suka bebankan diri kita dengan berbagai2 aktiviti atau kesanggupan yang sudah pasti kita tidak mungkin dapat diselesaikan dalam jangkamasa yang diperlukan.

 

Kesepuloh: Kurangkan menonton TV sebab tak semua bahan yang dipamerkan di kaca TV itu akan dapat membantu kita dalam meredakan tekanan dalam diri kita. Lebih baik masa untuk menonton TV itu digunakan bagi tujuan lain yang bakal membawa ketenangan fikiran kita.

 

Kesebelas: Pastikan kita sentiasa mempunyai waktu tidur yang cukup. Purata seseorang individu memerlukan 6~8 jam untuk tidur yang nyenyak dalam sehari. Tidur yang cukup lagi nyenyak akan dapat memastikan tubuh badan yang sihat serta minda yang cergas lagi sihat.

 

Keduabelas: Sentiasa amalkan agar kita minum air yang cukup (sekurang2nya 8 gelas besar sehari) untuk mengelakkan 'dehydration' berlaku ke atas tubuh badan kita. Air juga merupakan sebagai satu bahan terapi (satu penemuan oleh pakar kesihatan baru2 ini) untuk menjamin tubuh badan & minda yang sihat. Wallahu'alam!

 

Wassalam,

Moderator


Posted at Sunday, August 26, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Anda mesti menonton video clip ini...

Assalamu'alaikum,

Video clip yang dimajukan ini memaparkan sebuah kisah yang agak menakjubkan jua. Di harap anda akan dapat menyaksikannya sehingga tamat.

Cuba anda bayangkan jika anda tidak mempunyai kedua belah angan anda (hingga ke bahu, akibat cacat sejak lahir) tapi masih mempunyai kedua belah kaki, bolehkah anda terus menkalani hidup ini seperti para individu lain, tanpa sebarang bantuan?

Saya yakin anda anda akan berasa insaf setelah menyaksikan video clip ini akan betapa bernasib baiknya anda berbanding dengan wanita ini.
 
Ya, kita sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan Allah swt anggota badan sihat & yang lengkap lagi sempurna. Masih ada orang lain yang serba serbi kekurangan, seperti wanita yang di gambarkan di dalam video clip ini. Walaupun video ini berlatarbelakngkan ulasan (audio) dalam bahasa Cantonese/Mandarin, akan tetapi visual yang dipaparkan sudah cukup untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Untuk menyaksikan video ini sepenuhnya sila klik butang mouse anda di laman web ini.
 
Wallahu'alam!
 
Wassalam,
Moderator

Posted at Sunday, August 26, 2007 by jb125
Apa Komen Anda?


Ahlan Wassahlan


Assalamu'alaikum!

Selamat Datang Ke Laman Web Keluarga Haji Jani, Subang Jaya, Malaysia




Laman ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli keluarga besar saya untuk berinteraksi sambil bergurau senda, dan untuk mengisi masa lapang masing2.

Adalah diharapkan melalui forum ini lebih ramai yang akan mengambil bahagian untuk menghantar mesej atau saja nak bertukar2 pendapat atau idea di ruang ini.

Saya juga ingin menjemput ahli keluarga yang rajin menulis sebagai penulis jemputan tetap forum ini.

Bagi yang tak berminat atau malu nak menulis tu bolihlah hantarkan bahan2 tulisan anda kepada saya melalui email untuk di poskan ke laman web ini.

Terima kasih.




Sila emelkan Mesej Atau Pun Komen Anda kepada saya ke alamat: jb125@tm.net.my Atau pun ke: hajijani@yahoogroups.com


Bila dah baca mana2 artikel berilah komen sikit ya!

Ruang Bicara
Ruang ini untuk sesiapa yang nak sampaikan mesej atau nak beri komen secara langsung aje
(Live chat pun boleh!)

   

Takwim
<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Pautan Akhbar Tempatan

Pautan Radio Tempatan

Waktu Solat Malaysia
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Beberapa Pautan Menarik
Agama Untuk Keluarga Untuk Percutian Dunia Bisnes Lain-lain

Anda adalah pelawat yang ke
Free Web Site Counters
Free Web Site Counters
Tarikh Laman Ini Mula Diwujudkan:
Selasa, 1hb Jun, 2004

Ingin Menghubungi Saya?
Sila klik di sini untuk menghubungi saya!

Notifikasi Email
Jika ingin diberitahu sebarang berita atau artikel terkini dalam blogdrive ini sila daftarkan alamat email anda di dalam kotak berikut ini. Terima Kasih.
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Album Foto Keluarga

Apa Pendapat Anda?
Sila beri komen anda dengan menekan butang "Vote!" di bawah ini, terhadap persembahan Laman Web ini serta mengenai Isi Kandungannya, dll.
Terima Kasih!

Lagu-lagu Latar