Entry: Cara2 Mengatasi Tekanan... Thursday, September 10, 2009



Assalamu'alaikum,

 

12 Cara Mengatasi Stress...

 

Pernahkah anda bayangkan sebelum ini anda telah pernah melalui zaman tekanan demi tekanan (mungkin sejak bertahun2 kebelakangan ini) dan apa yang telah anda lakukan bagi mengatasinya?

 

Tak semua orang menghadapi berbagai tekanan dalam bentuk & keadaan yang sama. Ada orang sentiasa nampak relex aje walau pun dalam keadaan tertekan (stressed). Ada orang lain pula tidak selesa atau bersedia apabila menghadapi tekanan perasaan dalam hidup.

 

Namun kita patut bersyukur, kini terdapat berbagai jenis kemudahan atau peralatan untuk meringankan beban tugas harian kita bagi mengurangkan tekanan/stress. Kita sudah ada berbagai jenis mesin seperti mesin pembasuh & pengering pakaian, dah ada seterika elektrik untuk menggosok baju, sudah ada telefon bimbit, sudah ada kenderaan sendiri, sudah ada perhubungan emel & internet, sudah ada makanan segera, dan sebagainya.

 

Oleh itu, kita kini sudah boleh menjalankan berbagai aktiviti sambil membuat keputusan harian dengan lebih mudah dalam sehari berbanding dengan mereka di tahun enam puluhan dulu. Kita kini lebih berupaya melakukan berbagai2 aktiviti dalam sehari walaupun sambil mengundan berbagai tekanan sebagai kesannya.

 

Dengan bertambahnya aktiviti harian yang perlu kita tunaikan sudah pastilah berbagai tekanan akan timbul dari segi perancangan serta penjadualannya. Kadangkala kita naik pening kepala dibuatnya oleh sebab terpaksa berhadapan dengan berbagai tugas (samada di tempat kerja maupun di rumah) atau keperluan yang harus dilakukan setiap hari.

 

Jadi bagaimanakah kita boleh mengurangkan kesan tekanan harian ini untuk mengelakkan kesihatan fisikal & mental kita daripada terjejas sambil mengekalkan kebahagiaan hidup kita sekeluarga?

 

Terdapat 12 cara untuk kita mengenepikan kesan negative tekanan hidup harian ke atas diri kita:

 

Pertama: Dengan bersenam, beriadhah, pergi ke gym atau menjalankan aktiviti berbentuk sukan yang boleh mengeluarkan peluh.

 

Kedua: Mengutamakan amalan pemakanan sihat, agar bahan makanan yang diambil setiap hari berkhasiat lagi seimbang. Elakkan makanan segera yang langsung tidak berkhasiat (junk foods). Kita perlu minum air putih yang banyak. Kurangkan mengambil minuman bergula dengan banyak, kurangkan mengambil minuman bercafiene (the & kopi), kurangkan makanan yang berminyak, dll. Makanan yang sihat sudah pasti akan menjamin tahap kesihatan fisikal & mental yang baik. Tekanan tidak mudah menular apabila kita sentiasa beriadhah untuk kesihatan.

 

Ketiga: Sebenarnya kita boleh mengawal diri kita bagi mengelakkan tekanan menguasai diri kita. Aktiviti2 harian kita memang boleh dirancang serta dijadualkan. Kita juga patut elakkan daripada menangguh sesuatu kerja atau pun urusan untuk dilaksanakan kemudian. Lagi pun, dalam sehari kita hanya mempunyai 24 jam; dan harus ingat 6~8 jam. Jadi masa itu EMAS! Ini akan dapat mengelakkan tekanan ke atas diri sendiri.

 

Keempat: Jika ada masalah cuba bawa berbincang dengan kawan2 atau sahabat handai, agar satu jalan keluar boleh diperolehi untuk meredakan tekanan. Bila apa yang tertekan di dalam dada telah diluahkan keluar tekanan akan mula reda. Masalah yang dipendam lama dalam dada tanpa menemui jalan keluar sudah pasti akan mengundang tekanan demi tekanan.

 

Kelima: Elakkan diri daripada sentiasa bersendirian. Kita perlu berkawan, bergaul mesra dengan rakan2 sekerja, jiran2 di rumah, dengan berkongsi maklumat, bertukar2 pendapat atau buah fikiranber sambil berseloroh, berjenaka, dll. Ini akan dapat meredakan tekanan yang mungkin ada.

 

Keenam: Kita sentiasa harus bersyukur di atas segala nikmat & anugerah Allah SWT ke atas diri kita & keluarga. Masih ada orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita, yang lebih miskin daripada kita, lebih bermasalah daripada kita, ataupun lebih menderita daripada kita. Dan kita juga harus yakin terhadap diri kita, kebolehan kita, kebijaksanaan kita, usaha kita mudah2an kita akan berjaya menyelesaikan sebarang kekusutan yang ada.

 

Ketujuh: Sekali sekala, ambillah peluang untuk berihat sambil bersukaria sesama anggota keluarga, sahabat handai & sanak saudara. Ambillah cuti untuk berihat dengan keluarga tersayang ataupun melakukan ziarah teman tetangga dikampong, dll. Untuk melegakan fikiran atau tekanan.

 

Kelapan: Ambil peluang untuk bersendirian (dengan menarek nafas panjang) ketika sedang berhadapan dengan sesuatu tugas atau aktiviti yang membawa tekanan, walaupun buat beberapa ketika saja, untuk mencari ketenangan fikiran, dengan berjalan2, bersenam atau pun dengan menelefon seseorang sebagai satu activiti sampingan.

 

Kesembilan: Jangan suka bebankan diri kita dengan berbagai2 aktiviti atau kesanggupan yang sudah pasti kita tidak mungkin dapat diselesaikan dalam jangkamasa yang diperlukan.

 

Kesepuloh: Kurangkan menonton TV sebab tak semua bahan yang dipamerkan di kaca TV itu akan dapat membantu kita dalam meredakan tekanan dalam diri kita. Lebih baik masa untuk menonton TV itu digunakan bagi tujuan lain yang bakal membawa ketenangan fikiran kita.

 

Kesebelas: Pastikan kita sentiasa mempunyai waktu tidur yang cukup. Purata seseorang individu memerlukan 6~8 jam untuk tidur yang nyenyak dalam sehari. Tidur yang cukup lagi nyenyak akan dapat memastikan tubuh badan yang sihat serta minda yang cergas lagi sihat.

 

Keduabelas: Sentiasa amalkan agar kita minum air yang cukup (sekurang2nya 8 gelas besar sehari) untuk mengelakkan 'dehydration' berlaku ke atas tubuh badan kita. Air juga merupakan sebagai satu bahan terapi (satu penemuan oleh pakar kesihatan baru2 ini) untuk menjamin tubuh badan & minda yang sihat. Wallahu'alam!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments